Bahan-bahan
250g mentega
150g gula perang
150g gula kastor
3 kuning telur
300g tepung
3 camca teh baking power
2 camca teh soda bikarbonat
2 camca besar serbuk koko
100g coklat chip
100g badam yang dicincang
esen vanila secukup rasa
Cara Menyediakan
1) Ayak tepung, baking power, soda bikarbonat dan serbuk koko bersama
2) Masukkan gula kastor dan gula perang bersama mentega dan pukul campuran sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan kuning telur dan teruskan pukul.
3) Campur bahan-bahan yang telah diayak dalam langkah (1) ke dalam adunan dalam langkah (2) Masukkan coklat chip dan juga badam yang telah dicincang. Gaul sehingga sebati.
4) Dengan menggunakan tangan/sudu/acuan, bentukkan bulatan biskut dan susun bulatan biskut tersebut di atas tray. Bulatan yang dibentuk janganlah terlalu besar dan bila susun jarakkan antara satu sama lain sejauh 2 inci antara satu sama lain kerana biskut yang dibakar nanti akan mengembang dan menjadi besar.
5) Sudah siap bolehlah dibakar di dalam oven selama 15 minit pada suhu 170 darjah celcius (bergantung pada oven masing-masing)
0 comments:
Post a Comment